Wednesday, 31 August 2011

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA ! !

Hari ni 31 OGOS 2011...
mesti kebanyakan rakyat kita sibuk meraikan Hari Raya ke-2 bersama keluarga dan kawan2 kan?? kunjung mengunjung...makan makan....macam-macam lagi la aktiviti sampaikan ada yg terlepas pandang akan hari Kemerdekaan Negara kita hari ni...mana yang ingat alhamdulillah....sama2 la kita berdoa akan negara kita ini.


Secara individu aku sebagai anak Malaysia aka Tuan Tanah nak wish sikit,

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA..!! 



Semoga tanah air ku ini dilimpahi dengan kemakmuran dan keamana rakyat semua. Amin....

MERDEKA MINDA!
MERDEKA JIWA!
MERDEKA DIRI!
MERDEKA BANGSA!
MERDEKA NEGARA!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA




Read more...

Saturday, 27 August 2011

Kembalinya Aidilfitri...........




"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli yang maha mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari ................ jelas Penyimpan Mohor Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Setiap kali menjelang Aidilfitri atau Aidiladha,
juga ketika menetapkan tarikh melihat anak bulan maka wajah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pasti akan menjadi tatapan ramai. hehehehe betul tak?? Cik Admin sekali pun dari kecil sampai la sekarang, setiap kali melihat wajah Pak Engku membuat pengunguman adalah saat yang mendebarkan. (yelah lebih2 lg kanak2 tak sabar nak beraya sb nak kutip duit raya).

Sungguh cepat masa berlalu,
rasanya baru lagi start puasa kan?? huhuhu itulah kehidupan manusia yang sibuk dengan mengejar duniawi....sempena Aidilfitri tahun ni 1432 Hijrah aku selaku Cik Admin ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada seluruh umat islam yang meraikannya dan memohon ampun dan maaf. Sebagai insan yang ingin menjadi terbaik dalam yang baik dan sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada sebagai kesilapan sebagai manusia. Apa-apa jua yang dilakukan jika berkaitan dengan para pembaca sekalian tidak ada kaitan untuk membenci atau menzalimi. Tuhan Maha Mengetahui akan isi hati penulis setiap saat penulis hidup sebagai hambaNya. huhuhu ayat aku penuh bunga-bunga....(yg pasti hati aku ikhlas menaip setiap patah perkataan ni...)


Raya tahun ni aku tak ada langsung mood raya. Maybe disebabkan aku sibuk membuat persiapan utk hari yang paling bererti dalam hidup aku kot (huhuhu my big day...).....
dalam masa yang sama aku sedih la juga sebab raya tahun ni adalah raya terakhir aku menyandang gelaran anak dara sebab raya tahun depan aku dh jadi isteri orang dan mungkin juga raya tahun depan aku dh ada baby kan hehehehe..insyaallah.....

Tahun ni aku tak ada peruntukkan duit raya sebab bajet lari....hahaha faham2 je la macam-macam nak diagihkan duit gaji tu....tahun depan insyaallah kalau masih diberi kesempatan beraya lagi olehNya aku akan bagi duit raya kepada sepupu2 kecik aku...:-)

Macam tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ni aku still lagi dapat duit raya walaupun dh besau (*besar: bahasa org melaka)..hihihi....orang hulur aku sambut je la dgn tangan yang ikhlas....yela rezeki kan...agak2nya tahun ni aku dapat lagi tak???

Kebiasaannya 1st raya aku dan family kat kat Melaka then malam or pagi raya kedua baru balik Johor kampung mama aku. Nama je balik kampung tapi suasana tak macam kampung. yela rumah atok pn kat taman...hihihi kan best kalau rumah papan kat kampung malam2 boleh pasang pelita sampai simpang jalan depan huhuhu (ni semua pengaruh tengok drama melayu).

Saudara seilamku sekalian, pandang-pandanglah sekeliling kita untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada saudara islam kita yang tidak berkemampuan untuk meraikannya....walaupun nilainya sedikit tetapi besar pahala kita dapat jika niat hati itu suci ingin membantu.



Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Tuhanku, sempena akhir Ramdhan al-mubarak yang barakah kali ini, muliakan dan sayangilah saudara-saudaraku ini sebagaimana engkau menyayangi kekasihmu, baginda Muhammad Rasulullah S.A.W. Bahagiakan keluarganya, sihatkanlah kesihatannya, berkaitan rezeki mereka, berikanlah kenikmatan ibadah kepada mereka, dan jauhilah mereka daripada fitnah dan malapetaka, serta masukkanlah mereka ke dalam syurgamu kerana rahmatMu. Sesungguhnya Ya Allah,  engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang, Amin......

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada ketelanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
& Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya selaku Cik Admin.




Read more...

Tuesday, 9 August 2011

Aku & Nasi Ambeng


Assalamualaikum....
alhamdulillah dh 2 minggu kita berpuasa erk...kejap je masa berlalu...semoga puasa-puasa seterusnya dapat aku lalui dgn mudah dan tenang....(amin....)

Petang2 cam gini lepas balik kerja sementara nk tunggu waktu berbuka tiba2 ada mood nk tulis entry kat blog yg x seberapa ni (kunun...) :-) huhuhu beberapa hari lepas mama aku buat nasi ambeng. siapa orang jawa sure tahu akan apa itu nasi ambeng kan huhuhu.....(opss!!terkantoi sudah yg aku ni jawa sikit2...mix blood la kunun....;P) sedia maklum la yg nasi ambeng ni cukup popular pada masyarakat jawa ni x kisah la jawa mana sekali pun...setiap kali ada kenduri kendara, menu ni la yg menjadi keutamaan bagi mereka. yang menariknya about nasi ambeng ni adalah cara hidangan dia dimana ia dimakan dalam talam (dulang) yg besar tu dan dialaskan daun pisang....biasanya satu dulang tu untuk dalam 5 orang...dan dalam dulang tu akan dibahagikan pecahan kepada 5..kiranya masing2 dapat bahagian sendiri...so xda la nt cilok org punya ayam ke huhuhu.....mengikut kepercayaan masyarakat jaya, makan dalam dulang bersama dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia (kalau x silap aku la...) tapi yang pastinya, kalau kenduri x payah cuci pinggan mangkuk banyak sangat hahahahaha.....so, kalau kita pergi tempat orang kita kena la ikut cara dan adat mereka yerk.....satu lagi kalau kat kampung2 dulu kalau makan nasi tu x habis makan masa kenduri boleh dibawa balik lebihan tu....kebiasaannya tuan rumah memang sediakan plastik...so jgn malu2 ok....huhuhu


Satu lagi yang best nasi ambeng ni adalah lauk pauk dia ringkas je...lauk pauk dia adalah tetap (memang dh termaktub dalam sejarah yg hanya itu je lauk pauk dia). WAJIB kena ada ayam masak kicap...WAJIB kena ada sayur goreng tempeh dgn suun...WAJIB ada serunding kelapa (serunding org jawa best gila)...WAJIB ada mee goreng.....WAJIB ada ikan kering...FUUHHHHH!!sedap gila......

kebanyakan kalau jual kat kedai2 nasi ambeng ni dorang akan bungkus cm kita bungkus nasi lemak tp banyak la isinya...yela utk sorg makan...huhuhu kat umah aku pn kalau mama wt asi ambeng mama aku akan bungkus satu2 utk setiap orang.....


Insyaallah aku akan pertahankn 'kepopularian' nasi ambeng ni bila aku dah kahwin nt dan ada anak2....huhuhuhu (insyaallah....)

* masa kecik kalau balik pontian rasa pelik sangat2 kenapa la org2 tua bila kenduri makan dalam dulang.....




Read more...

Wednesday, 3 August 2011

HAMPIR-HAMPIR KENA PATUK ULAR...

Assalamualaikum...
hallu hallu hallu....alhamdulillah hari ni hari ke-3 puasa. Nasib baik la cuaca redup je & hujan je tengahari tadi. rasa nak tidur je masa keje td. Pakkal la keje banyak.huhuhu...meh dengar kau nak cerita ni...meh dengar meh...


Malam tadi aku tidur punye la nyenyak gila babeng sebab tidur pun dh lewat sebab bussy meeting dgn my wedding planner (kunun...lebih kurang kot..). yang pastinya malam tadi aku mimpi........
aku tengah jalan sorang-sorang tetiba sekor ular muncul nak patuk aku. klu x salah aku ular senduk/kapak warna hitam berkilat besau lak tu. aku lari punye lari tapi ular tu terus follow aku....naik cemas la aku (sebab takut kena patuk mati lerr aku) xda org nak tolong.....

ullala..jalan jalan......
Ala....tanjat boboy...tanjat....

Tengah2 lari tiba2 "Honey Bee' (tunang aku) aku muncul sb nak tolong aku. fuhhh...!!! rasa lega sikit sb ada hero nk tulun aku huhuhu....betul2 penyelamat lerr....honey bee aku berlawan dengan ular tu..huhuhu yang bestnye dia boleh patahkan kepala dengan badan ular tu guna tangan je...perghhhh...!!betul2 hero ni huhuhu, so memancut2 la darah ular tu & akhirnya mati juaular tu.....mati syahid kot hahahaha.....

Bab tafsir mimpi pulak, apakah maksud mimpi aku ni agaknyer??
yang pastinya kebarangkalian mengatakan bila kita mimpi kena patuk ular maksudnya ada org nak dtg meminang. tp dalam kes aku ni adakah aku hampir2 hendak kena pinang lg sekali dengan orang lain??huhuhu tapi nasib baik la dalam mimpi tu 'honey bee' aku muncul datang tolong. kiranya dia penyelamat sebab aku nak kena pinang dengan orang lain pulak. (mintak dijauhkn lerr....cukup lerr dh ada dia sorgbuah hati aku pegarang jantung aku huhuhu).

Aku ada juga terbaca orang cakap ada sorg ustaz cakap orang sekarang anggap kalau mimpi kena patuk ular,  mean nye ada orang nak masuk meminang tapi hakikatnya menurut pengalaman ustaz tu mengubati orang-orang yang sakit terkena sihir @ buatan syaitan ini, kalau ada orang mimpi kena patuk ular kemungkinan besar dia akan terkena sihir wallahu a'lam.....kalau ada orang nk buat cam tu memang x patut lerr....yela apa guna hasad mendengki. berdosa besar kan..x pasal2 bertambah2 dosa yg dh berguni2 tu...dh tu nt kat akhirat dia akan dapat balasan lg perit....(tu semua kerja allah kita hanya merancang tapi tuhan yg tentukan segalanya)...yang pastinya, kita hidup kena ada pendinding. apa yang aku maksudkan pendinding ni bukan la pakai tangkal2 or ilmu yg salah disisi agama, tapi yang menjadi pendinding itu adalah iman kita sendiri. tunaikan yg wajib dalam agama terlebih dahulu kemudian disusuli dengan yang sunat seperti solat hajat...amalan doa2 dalam seharian....satu lagi sahsiah kita pn kena jaga jugak....kadang2 manusia ni pandia bercakap je tapi nk buat ampang payah je nk gerak....now, pokok pangkalnya hati kita sendiri. an an an :-)

Aku eprnah dengar orang cakap setiap kali sebelum tidur kita amalkan baca ayat kursi sb ayant tu pendinding kita. kita akan dilindungi dan dijauhi dari benda2 x elok start kita baca tu sampailah ke pagi hari then pagi baca sekali lagi dan diri kita akan dilindungi sampailah ke petang. Insyaallah malaikat akan lindungi kita...yang pastinya amalkan la surah tu. lagi pun mudah je kan sb dh memang kita baca setiap kali solat...automatik kita akan hafal kalau hari2 baca. yela maybe nak amalkan zikir yang panjang lebar amek masa jugak nak hafal. so kita amek yg mudah pn dh memadai...insyaallah......








Read more...

Sunday, 31 July 2011

DATANGNYA RAMADHAN LAGI...


Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah tiba ramadhan lagi. Rasa macam baru je huhuhu...
Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk merasa dan menikmati keindahan ramadhan.
Ramadhan datang lagi dengan jutaan hikmah dan fadhilah. Ia hadir dalam suasana yg mendamaikan bagi setiap ummah. Bak kata pepatah "hadirnya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui". Begitu hebatnya ramadhan ni kan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan untuk mendekatkan diri pada tuhan dengan penuh keihklasan dan kesyukuran.



Bagi aku ramadhan begitu berlainan sekali rasanya. Ia bukan lagi berkaitan lapar dan dahaga semata-mata. Jauh dan lebih dalam lagi, iaitu dibulan inilah kita dapat melihat penyatuan umat islam di masjid-masjid utk mengerjakan solat sunat tarawih. Ada yg rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah. Sebelum2 ni maybe kita insan yg sibuk dengan kerjaya, so dengan datangnya ramadhan setahun sekali cuba la untuk kita memperuntukkan sedikit waktu untuk mengutip segala keistimewaan yg ada dlm bulan ramdhan. Semoga ramadhan kali ini membukakan pintu hati aku untuk bersolat tarawih setiap malam huhuhu....al-maklumlah sebelum2 ni permulaan ramadhan je rajin tarawih...huhuhu

Satu perkara yg aku nk shared berkaitan ramadhan ni adalah nafsu membeli. Kalau tngok kat bazar ramadhan macam2 jenis juadah ada sampaikn x tau nk beli yg mana. Sebagai contohnya abah aku huhuhu...tiap2 hari otw balik singgah keje bazar ramadhan beli juadah. Macam2 dibelinya. Selalunya hari ni dia akan tanya aku nk makan apa. esok pulak dia tanya adik aku dan seterusnya adik aku yg lain pulak....tu xpe lg. sampai rumah tengok2 kiri kanan penuh beg plastik. ish..ish..ish.....bila hidang atas meja mak aii!! penuh meja. kadang2 kalau kat umah ramai org habis la makanan tu tp kalau x da org jawabnya rezeki kucing2 aku lerr......abah aku sendiri mengaku yg dia x dpt kawal nafsu membeli dengan alasan; nampak sedap je n jarang jumpe. hahahaha....tahun ni awal2 aku dh sound abah aku "abah puas tahun ni abah g keje bawak 10inggit je taw n balik lalu AMJ (highway-kn xda bazar). Tahun lepas aku g bazar ramadhan 2x je tu pn kat peringgit. kat area rumah aku langsung aku x pergi pn baik kat merlimau or telok mas. dh aku ni jenis x suka tempat2 yg sesak dgn manusia. :-) yg bestnya ramadhan, hari2 aku n mama akan fikir nk masak ape selain nasi (bulan puasa kat rumah aku nasi x laku sgt.yg makan nasi abah je).


Duduk2 tadi aku sedih la pulak bila fikirkan ramadhan kali ni adalah ramadhan aku sebagai anak dara pastu tahun2 akan datang dah bergelar mak dara dah pulak....so ramadhan tahun depan kena la bangun sahur awal2 siapkn lauk tuk suami huhuhu....(dh la aku ni jenis bangun sahur just minum soya bean n makan buah kurma seketol je)....

Haishh..membebel lak aku ni, yela macam2 yg best pasal puasa ni kalau nk tulis termasuk la ponteng puasa (masa kecik je..) huhuhuhu.....Memang banyak yg menyeronokkan. Aku harap bukan keseronokkan itu sahaja yg aku dapat moga-moga dibulan yg penuh barakah ini dosa-dosa aku diampunkan Tuhan. Terlalu banyak snagat kalau nak dihitungkan. Kita bukan malaikat yg bersifat maksum (terpelihara dari melakukan kesilapan).


Dikesempatan ini aku mengucapakan selamat berpuasa kepada semua insan yg beragama islam. Ambillah kesempatan atas keberkatan bulan yg penuh dengan kemuliaan ini. 

SALAM DIHULUR KASIH DITERIMA,
AGAR IKATAN TERJALIN MESRA,
SYAABAN BERLALU RAMADHAN MENJELMA,
TINGKATKAN AMALAN HADKAN SELERA.




Read more...