Thursday 31 March 2011

Review lepas tengok "....DALAM BOTOL"

poster
Bukti aku pergi kuikuikui

Huhuhu...ahad lepas (27mac2011) aku pergi la GSC Dataran Pahlawan nk tengok wayang katakan......ceritanya...DALAM BOTOL. Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman. Antara pelakon yang menjayakan Filem ini ialah Arja Lee, Diana Danielle, Wan Raja, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid. Filem ini diadaptasi dari kisah benar. Menelan kos RM0.88 juta.teruja gak la nk tngok sb sama sini media pum pam pum pam bagaiiii......cer citer cer citer....meh aku citer......

Rubidin & Gaus sblm tukar jantina huhuhu

Ha...Ruby aka Rubidin lepas tukar jantina...


Review Filem …Dalam Botol  
Filem ini adalah filem yang diklasifikasikan sebagai 18PL. Agak janggal bila menyaksikan aksi lucah sesama jantina. Entah kenapa, aku rasa skrip filem ini kurang menyengat di beberapa tempat. Penjalanan ceritanya agak lambat, namun boleh difahami. Lakonan watak utama, Arja Lee kurang menyerlah, aku rasa Arja Lee tidak sesuai dengan watak ini (aku rasalah..) terutama sekali untuk watak Gay dan Mak Nyah (Tak cantik langsung). Aku juga agak janggal dengan dgn cara suntingan filem ini (betul betul filem bajet) Jika di nilai dari segi kos filem, barulah aku faham kenapa filem ini menjadi sedemikian rupa hihihihi. Walaubagaimanapun, filem ini tidaklah teruk sangat laaa. Ada pengajaran yang di bawa dalam filem ini. 
o    Jarang sebuah filem Melayu menggunakan teknik flashback. Bermula dari hujung, sebelum semuanya bercantum dan menjadi sebuah gambar yang sempurna. Cumanya, instead of memaparkan scene-scene terlarang dan Ruby (versi Mak Nyah Rubiddin) menyembah sujud boyfriend nya, Ghous, boleh sahaja Khir (pengarah filem ni lerr..) terus melakar kisah-kisah hidup Ruby yang dulu menggunakan teknik-teknik flashback dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk hubungan mereka. Keep some as a mystery.hihihi
o    Ruby digambarkan sebagai mencapai tahap wanita sempurna demi kerana Ghous. Tetapi logik akalnya, selepas render reassignment, napa tidak dimasukkan silikon dan masih memakai rambut palsu? Scene Ruby mandi bogel tidak langsung dituntut kerana boleh saja digantikan dengan scene menarah memendekkan rambut secara drastik dengan linangan air mata.




Read more...

Tuesday 29 March 2011

Holla..!!!!



Salam perkenalan dihulurkan... 
Disebabkan boring tahap gaban maka ter'wujudnya blog ni....aku pn x tahu nk tulis ape...tp, yang pasti blog ni akan Menceritakan segala jenis kehidupan manusia disekeliling aku yang aku lihat termasuklah diri aku. sebabnya???hurmm...sebabnya aku ni jenis suka memerhatikan tingkahlaku manusia disekeliling aku..best wooo.......macam2 ragam..macam2 rupa..macam2 perangai.....tu yg syok tngok tu.....wait wait, tp bukan bussy body OK...

so, ape yang aku lihat dan terpikat akan aku post kat blog ni..kuikuikui...
tu sebab la nama blog aku "HIDUP DARI KACA MATA..." hihihihihi harap2 blog aku ni jgn ler jadi bersawang bak kata kawan aku......


...Honey Madu...




Read more...