Saturday 27 August 2011

Kembalinya Aidilfitri...........




"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli yang maha mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari ................ jelas Penyimpan Mohor Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Setiap kali menjelang Aidilfitri atau Aidiladha,
juga ketika menetapkan tarikh melihat anak bulan maka wajah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pasti akan menjadi tatapan ramai. hehehehe betul tak?? Cik Admin sekali pun dari kecil sampai la sekarang, setiap kali melihat wajah Pak Engku membuat pengunguman adalah saat yang mendebarkan. (yelah lebih2 lg kanak2 tak sabar nak beraya sb nak kutip duit raya).

Sungguh cepat masa berlalu,
rasanya baru lagi start puasa kan?? huhuhu itulah kehidupan manusia yang sibuk dengan mengejar duniawi....sempena Aidilfitri tahun ni 1432 Hijrah aku selaku Cik Admin ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada seluruh umat islam yang meraikannya dan memohon ampun dan maaf. Sebagai insan yang ingin menjadi terbaik dalam yang baik dan sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada sebagai kesilapan sebagai manusia. Apa-apa jua yang dilakukan jika berkaitan dengan para pembaca sekalian tidak ada kaitan untuk membenci atau menzalimi. Tuhan Maha Mengetahui akan isi hati penulis setiap saat penulis hidup sebagai hambaNya. huhuhu ayat aku penuh bunga-bunga....(yg pasti hati aku ikhlas menaip setiap patah perkataan ni...)


Raya tahun ni aku tak ada langsung mood raya. Maybe disebabkan aku sibuk membuat persiapan utk hari yang paling bererti dalam hidup aku kot (huhuhu my big day...).....
dalam masa yang sama aku sedih la juga sebab raya tahun ni adalah raya terakhir aku menyandang gelaran anak dara sebab raya tahun depan aku dh jadi isteri orang dan mungkin juga raya tahun depan aku dh ada baby kan hehehehe..insyaallah.....

Tahun ni aku tak ada peruntukkan duit raya sebab bajet lari....hahaha faham2 je la macam-macam nak diagihkan duit gaji tu....tahun depan insyaallah kalau masih diberi kesempatan beraya lagi olehNya aku akan bagi duit raya kepada sepupu2 kecik aku...:-)

Macam tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ni aku still lagi dapat duit raya walaupun dh besau (*besar: bahasa org melaka)..hihihi....orang hulur aku sambut je la dgn tangan yang ikhlas....yela rezeki kan...agak2nya tahun ni aku dapat lagi tak???

Kebiasaannya 1st raya aku dan family kat kat Melaka then malam or pagi raya kedua baru balik Johor kampung mama aku. Nama je balik kampung tapi suasana tak macam kampung. yela rumah atok pn kat taman...hihihi kan best kalau rumah papan kat kampung malam2 boleh pasang pelita sampai simpang jalan depan huhuhu (ni semua pengaruh tengok drama melayu).

Saudara seilamku sekalian, pandang-pandanglah sekeliling kita untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada saudara islam kita yang tidak berkemampuan untuk meraikannya....walaupun nilainya sedikit tetapi besar pahala kita dapat jika niat hati itu suci ingin membantu.



Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Tuhanku, sempena akhir Ramdhan al-mubarak yang barakah kali ini, muliakan dan sayangilah saudara-saudaraku ini sebagaimana engkau menyayangi kekasihmu, baginda Muhammad Rasulullah S.A.W. Bahagiakan keluarganya, sihatkanlah kesihatannya, berkaitan rezeki mereka, berikanlah kenikmatan ibadah kepada mereka, dan jauhilah mereka daripada fitnah dan malapetaka, serta masukkanlah mereka ke dalam syurgamu kerana rahmatMu. Sesungguhnya Ya Allah,  engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang, Amin......

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada ketelanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
& Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya selaku Cik Admin.



No comments:

Post a Comment