Tuesday 17 May 2011

Review lepas tengok "KONGSI"

Holla..!!lama gila aku x update blog ni. sampaikn dah bersawang.huhuhu =)
hari ni disebabkan boring tahap gaban yg x dapt dielakkan so aku update je la....ni semalam punya cerita....meh baca meh baca. Tiba2 lak Honey Bee aku ajak keluar tengok "KONGSI". Tengok thriller kat Youtube dari tahun lepas memang gempak siott..!!! Aku cuma nak memberi pandangan secara peribadi tentang filem ni. Kalau ada yang x setuju or setuju terpulanglah kan...hak masing2...selera masing2....ada aku kesah??? hihihi meh aku ceritakan tentang:

Huhuhu....tengok dengan my Honey Bee


Sinopsis KONGSI
Ia bercerita tentang seorang mamat ni yang bernama TEMULAK yang merupakan seorang pembunuh upahan dari Thailand yg telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand bernama KIMPEDU (lakonan Bront Palare). KIMPEDU ni tamakkan kuasa dan wang ringgit, merancang untuk membunuh setiap kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India.




ASP SHARIF (lakonan Fizo) yg bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes-kes yang melibatkan ahli kongsi gelap di Malaysia ni la kunun.....Setelah banyak kes pembunuhan ahli kongsi gelap ini berlaku dan berita mula tersebar luas. Akhirnya wajah fotofit suspek iaitu TUMULAK terpampang la kat poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki oleh PDRM.hahahaha

TUMULAK diburu oleh Polis dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Macam2 strategik yang dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak-pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. TUMULAK berjaya melepasi dari sekatan polis dan berlakulah aksi kejar mengejar mereka....time ni memang best huhuhuhu..tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis dengan keadaan yang amat sadis iaitu kepala terjunam dalam lumpur sungai dan terpaksa menggunaka kren untuk membawa beliau naik keatas darat......siot je aku tenngok ahahahaha...

ending cerita ni tergantung begitu je..haisshhhh.......

Ada satu perkara yang membuatkan aku kompius pasal cerita ni iaitu kenapa KIMPEDU tiba2 nak berkuasa kat KL???nak kata budak2 kongsi gelap kat KL wt hal dgn budak2 dia xda lak aku tengok...kenapa???mengapa???semuanya menjadi tanda tanya hihihihihi.....dari segi lakonan memang pelakon-pelakon utama memainkan peranan yang baik la...just skrip kurang mantap la bro.....aksi pertarungan dan kejar mengejar dengan kereta polis memang superb...hahahahaha Unsur lawak juga memang tidak mengecewakan walaupun filem ini tidak dibintangi oleh pelawak-pelawak selain Pak Piee yang memegang watak PAK MALIKI iaitu otai kongsi gelap mmmelayu...yang x tahan siap pakai kopiah...haishhh......sensetiviti.....











No comments:

Post a Comment