Sunday 31 July 2011

DATANGNYA RAMADHAN LAGI...


Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah tiba ramadhan lagi. Rasa macam baru je huhuhu...
Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan lagi untuk merasa dan menikmati keindahan ramadhan.
Ramadhan datang lagi dengan jutaan hikmah dan fadhilah. Ia hadir dalam suasana yg mendamaikan bagi setiap ummah. Bak kata pepatah "hadirnya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui". Begitu hebatnya ramadhan ni kan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan untuk mendekatkan diri pada tuhan dengan penuh keihklasan dan kesyukuran.



Bagi aku ramadhan begitu berlainan sekali rasanya. Ia bukan lagi berkaitan lapar dan dahaga semata-mata. Jauh dan lebih dalam lagi, iaitu dibulan inilah kita dapat melihat penyatuan umat islam di masjid-masjid utk mengerjakan solat sunat tarawih. Ada yg rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah. Sebelum2 ni maybe kita insan yg sibuk dengan kerjaya, so dengan datangnya ramadhan setahun sekali cuba la untuk kita memperuntukkan sedikit waktu untuk mengutip segala keistimewaan yg ada dlm bulan ramdhan. Semoga ramadhan kali ini membukakan pintu hati aku untuk bersolat tarawih setiap malam huhuhu....al-maklumlah sebelum2 ni permulaan ramadhan je rajin tarawih...huhuhu

Satu perkara yg aku nk shared berkaitan ramadhan ni adalah nafsu membeli. Kalau tngok kat bazar ramadhan macam2 jenis juadah ada sampaikn x tau nk beli yg mana. Sebagai contohnya abah aku huhuhu...tiap2 hari otw balik singgah keje bazar ramadhan beli juadah. Macam2 dibelinya. Selalunya hari ni dia akan tanya aku nk makan apa. esok pulak dia tanya adik aku dan seterusnya adik aku yg lain pulak....tu xpe lg. sampai rumah tengok2 kiri kanan penuh beg plastik. ish..ish..ish.....bila hidang atas meja mak aii!! penuh meja. kadang2 kalau kat umah ramai org habis la makanan tu tp kalau x da org jawabnya rezeki kucing2 aku lerr......abah aku sendiri mengaku yg dia x dpt kawal nafsu membeli dengan alasan; nampak sedap je n jarang jumpe. hahahaha....tahun ni awal2 aku dh sound abah aku "abah puas tahun ni abah g keje bawak 10inggit je taw n balik lalu AMJ (highway-kn xda bazar). Tahun lepas aku g bazar ramadhan 2x je tu pn kat peringgit. kat area rumah aku langsung aku x pergi pn baik kat merlimau or telok mas. dh aku ni jenis x suka tempat2 yg sesak dgn manusia. :-) yg bestnya ramadhan, hari2 aku n mama akan fikir nk masak ape selain nasi (bulan puasa kat rumah aku nasi x laku sgt.yg makan nasi abah je).


Duduk2 tadi aku sedih la pulak bila fikirkan ramadhan kali ni adalah ramadhan aku sebagai anak dara pastu tahun2 akan datang dah bergelar mak dara dah pulak....so ramadhan tahun depan kena la bangun sahur awal2 siapkn lauk tuk suami huhuhu....(dh la aku ni jenis bangun sahur just minum soya bean n makan buah kurma seketol je)....

Haishh..membebel lak aku ni, yela macam2 yg best pasal puasa ni kalau nk tulis termasuk la ponteng puasa (masa kecik je..) huhuhuhu.....Memang banyak yg menyeronokkan. Aku harap bukan keseronokkan itu sahaja yg aku dapat moga-moga dibulan yg penuh barakah ini dosa-dosa aku diampunkan Tuhan. Terlalu banyak snagat kalau nak dihitungkan. Kita bukan malaikat yg bersifat maksum (terpelihara dari melakukan kesilapan).


Dikesempatan ini aku mengucapakan selamat berpuasa kepada semua insan yg beragama islam. Ambillah kesempatan atas keberkatan bulan yg penuh dengan kemuliaan ini. 

SALAM DIHULUR KASIH DITERIMA,
AGAR IKATAN TERJALIN MESRA,
SYAABAN BERLALU RAMADHAN MENJELMA,
TINGKATKAN AMALAN HADKAN SELERA.



No comments:

Post a Comment