Saturday 24 December 2011

I'm happy right now!! ~alhamdulillah

: 22 Disember 2011, Khamis :
Adalah hari yang membuatkan aku terasa sangat gembira, tersenyum dan mengucapkan kesyukuran yg tidak terhingga. ala kiranya hari mcm penuh bunga2 la :p rezeki aku pun dalam minggu tu murah sangat.syukur.....


1
:
:
:
:
:
:
:
:
V

Pagi2, dalam cuaca yg hujan sepoi2 bahasa lebat x lebat, pukul 8 aku dh terpacak kat bangunan canselori utem :)
aku ada interview kat sana untuk jawatan 'biarlah rahsia' :p
dengan harapan dan doa pagi tu semoga dipermudahkan dan semoga ada rezeki utk pengantin baru ni hehehehe..........
sampai sana aku pn tulis la kedatangan aku. tup tup tngok kat list aik org yg dipanggil interview juct 9 orang je???
so dgn bakat aku yg tanpa segan silu peramah dan terus bertanya; 
'maaf kak nk tumpang tanya, 9 org je ke yg interview? ramai ke yg apply kak?'
akak tu pn jawab;
'aah dik 9 org je kena panggil. yg apply jwtn ni 200 lebih tp setelah ditapis beberapa kali hanya 9 org je yg dipilih.'
Terus terang aku cakap ni 1st time interview gov yg aku selesa sangat3....sebabnya???
bila masuk dlm bilik 5 org terus dipanggil. dan awal2 lg panel interview ckp kami panggil 5 org sekali masuk sebab kami tak nak terlalu formal yg akak membuatkn kamu semua takut dan gementar. so kita buat sesi interview ni mcm sesi perbincangan bersama. wahhh....bila dh ckp mcm tu aku lg la rasa suka sangat2 huhuhu...terus hilang gemuruh aku sblm ni. tp aku tahu sebab disebaliknya dorg wt mcm ni. yela boleh fikir kan........bila kena interview masuk 5 org sekali, waktu tu la kita kena tunjukkan kelebihan kita dari kwn2 yg lain. kelebihan menyuarakan pendapat, kelebihan menghormati mereka, kelebihan menonjolkan diri kita. yela menyuarakan idea2 yg bernas dan boleh pakai. paling penting jawapan hendaklah bersesuaian dgn kehendak soalan. khikhikhikhi........so waktu mcm ni la kita kena rebut peluang. 


insyaallah ada rezeki x kemana...hopefully ada rezeki tuk pengantin baru dan bakal mummy ni hehehehehe....aminnnn.........:) :) :)




2
:
:
:
:
:
:
:
V

balik interview singgah la pharmacy sebab nak beli pregnancy test. :) 
sebab lepas kahwin ni aku x period2 lg. lepas tu melalui bacaan aku, simptom2 hamil semua ada pada diri aku sekarang. aku ni pn x nk la mengharap sangat kan. kalau ada rezeki adalah. kalau xda x pe. maybe lain kali. 
nasib baik la ada kawan yg dh kahwin tolong hehehehe.....
masa line merah tu berjalan rasa cuak la jugak.....
tiba2, muncul la 2 line merah. terus ada suara mengatakan ;
'Tahniah anda akan menjadi seorang ibu!'
perasaan aku: terkejut yela begitu cepat rezeki tuhan bagi. syukur alhamdulillah............
yg kelakarnya suami aku dia terkejut mcm x percaya. sampaikan 3 or 4x dia tanya betul ke ada isi dlm perut tu? so kwn aku ckp betul la n dia tunjukkan result tu terus suami aku tersenyum. 
alhamdulillah hidup aku sebagai seorang wanita hampir lengkap. balik rumah bila parents aku dh tahu dorg terus ckp 'lepas ni jalan kena hati2 jgn laju sgt.' yela aku ni jenis lasak kalau berjalan menonong je.....hehehe sehari lepas tu, aku pergi la Klinik Kesihatan sebab nak reconfim kn. so doctor suruh aku wt urine test. alhamdulillah POSITIVE. terus doctor dan nurse kat situ cakap tahniah awak bunting pelamin. (sb sblm tu aku dh ckp kat doc aku baru sebulan lebih kahwin).
doctor kira2 anggaran aku bersalin dalam 8.8.2012. kandungan aku ni pn dalam 6 minggu.
minggu depan dalam 28hb aku kena pergi checkup untuk ibu mengandung. doctor suruh aku cuti sehari sb kali pertama ni dia nk buat mcm2. nak kena buka buku merah, nak timbang berat, nak ukur perut, nak scan, nak amek darah, nak bagi kaunseling, nak kena makan ubat. 
Bila dah mengandung ni, suami aku tiba2 la pulak romantik hehehehe...sblm tidur dia akan usap perut n ckp dgn baby. bila dia nak keluar kerja dia akan pesan jaga diri baik jgn buat kerja berat2 ae....makan ubat....hehehehe family aku pn banyak take care kat aku. almaklum la aku ni anak sulung so baby aku ni cucu sulung la. 
permulaan kehamilan, aku xda la pulak muntah2. tapi aku cuma pening, bila pening tekak mual. wek wek wek tapi x muntah pn hehehehe....pening2 aku pulak x kira masa. then, bab makan pulak aku x suke gulai2 ni. nak makan mesti yg kering2 je. cukup la sambal dgn sayur or ayam hehehe.....start malam nak tidur, perut rasa sebu je....ala rasa mcm masuk angin. mula2 dulu masa x tahu pregnant, aku siap lumurkan minyak cap kapak keliling perut hehehehe...rupanya perut dh 'ada isi' hehehehe..kelakar betul bila ingatkan. kuat kencing. ha ni satu lagi, kejap2 masuk toilet g kencing. 
argghhhhh..!!! jerawat.....!!!!! mula tumbuh kat muka aku yg sebelum ni bersih darinya. mama aku ckp tu perubahan hormon. Owhhhh....baru aku tahu......
syukur alhamdulillah tuhan bagi kami rezeki yg cepat.
sekarang teruskan berdoa dan jaga kandungan baik2. 
semoga tuhan mempermudahkan proses kehamilan aku dan berikan kesihatan yg baik untuk aku dan baby ni.......kepada kawan2 terima kasih banyak2 ucapkan tahniah kat aku. kat fb aku upload kn pic result pregnancy test tu ramai yg wisg congrated. terharu sangat2.......
terima kasih semua. doakan aku dan baby sihat ok.!!

syukur alhamdulillah.......

3
:
:
:
:
:
:
:


Adik ipar aku dapat straight 8A dalam PMR. syukur alhamdulillah......semoga lepas ni belajar lagi rajin. hehehehehe
lepas ni ada rezeki masuk la SBP (Sekolah Berasrama Penuh). so tinggal la mama dgn abah kat umah je. 


Alhamdulillah.............
dalam 1 hari banyak berita gembira yg tuhan bagi. betul kata org, tuhan janjikan kebahagiaan dan kesenangan jika kita x pernah lupa pada 'Dia'. 





Read more...

Sunday 11 December 2011

Akhirnya.........syukur alhamdulillah................♥ ♥

petang2 mcm ni dgn cuaca yg mendung dari pagi membuatkan aku tiba2 nk post N3 kat blog aku yg x seberapa ni khikhikhikhi...diam  x diam dh dekat sebulan aku x update. perghhhaiii...bersawang sudeyyyy......kalau nak refer post terakhir aku sblm ni adalah berkenaan "menghitung hari". so skung hari pn dh habis dihitung. *wink 

Menurut islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itulah setiap manusia perlu emrancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dlm perkahwinan mithali. ceh wahhh......kiranya mcm penceramah pulak aku berkata-kata.hehehehe 


Syukur alhamdulillah aku dh selamat menjadi isteri kepada lelaki bernama MOHAMMAD FAKHREE BIN MOHSIN. hari ni genap 3 minggu 2 hari kami bernikah. alhamdulillah..........semoga perjalana rumahtangga kami dpt berjalan dgn lancar dan berpandu oleh sunahNya...amin......so dengan rasminya aku pn tukar status aku "CIK" kepada "PUAN". =) secara automatik bila dh tukar status ni perjalanan harian hidup aku berubah 100%. bangun pagi 2 dh kena siapkn sarapan suami (dulu fikir perut sendiri je), dh kena sediakan baju suami (dulu baju sendiri je), dh kena rajin masuk dapur aka masak sb suami aku suka makan (dulu punye la malas kannn....), dh kena basuh baju kami berdua (dulu baju main campak je dlm mesin), dh kena buatkn minum petang suami (dulu biskut kering pn jadi)........wahhhhhh!! betul2 berubah lerr.......hopefully berubah kepada kebaikan go go chayok Puan Nattasha khikhikhi =)

Paling kelakar hampir hari2 aku akan masak sambal telur hancur sb tu adalah makanan paling suami aku suka. kat rumah stok telur memang sentiasa ada hehehehe nsb baik dia x minta ayam golek. 

Bila dah berkahwin ni, masing2 ada tanggungjawab. baik dari segi luaran dan dalamannya. now aku sedang laluinya. betul kata orang tua2 erk bila dh kahwin ni baru kita tahu sikap sebenar pasangan kita. huhuhuhu masing2 kena berusaha menjadi terbaik untuk pasangan kita kan. 

Dan yg paling ketara sangat bila dh kahwin ni rezeki semakin murah. baik rezeki perniagaan cuppies aku dan rezeki dpt interview kat UTeM. alhamdulillah...Minta2 berpihak kepada aku. amin..........

"Ya Allah Ya Tuhanku Engkau tetapkanlah iman kami Ya Allah... Engkau permudahkanlah perjalanan hari2 kami Ya Allah.....Berikanlah kami rezeki Ya Allah. Jauhkn lah segala ujian2 geti Ya Allah."

* terima kasih kepada kawan2, saudara mara dan jran2 yg sudi memeriahkan majlis aku hari tu yerk. mana yg terkurang aku minta maaf banyak2. 



Read more...