Saturday 28 May 2011

Aku & Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka 27th May 2011

Bukti huhuhu
Holla. . .!! hari yg memenatkan bagi aku...
Semalam betul-betul rezeki aku...last minit dalam pukul 5pm ada somebody called me ajak pergi DT (Double Trouble) hooyyeeehh..!! sebab tuan empunya tiket kena tahan ward...(cian dia kena operate)...so ada 2 tiket lebih aku ajak la adik aku (bro jojo's) join sekali. Dah dia minat...Masa nak confirm kan aku berbelah bagi sebab aku tengah buat cupcake yg org order...fikir punya fikir punya fikir aku terima je la lagi pn dari hari tu aku memang nak pergi DT tp xda duit..kuikuikui kesian kan aku...

Husinnnnnnn......hahahaha
Search
My lil bro Jojo's
Aku dan kak wanie sblm konsert mula
Huhuhu saja tanyangkan baju 25iggit
Sampai kat sana baru pukul 8 lebih so terus menonong kat booth yg ada kat situ...niat hati nak beli t-shirt...semuanya x berkenan...tengok ramai brother brother pakai t-shirt DT simple tapi cantik...so dengan muka x malu pergi la tanya "bang bang, t-shirt ni abg beli kat mana ae?". Then brother tu bg la direction..so cari punya cari tuan yg jual t-shirt tu rupanya jual dari bonet kereta je kat parking lot...cayalah brother tu dh x payah nak sewa tapak kan..sehelai baru RM25 je...hihihi suka dpt beli terus masuk kereta salin t-shir (nasib baik aku pakai inner). dah salin baju DT terus ler pergi ke pintu gate yg utk tiket RM100 hihihi...masuk-masuk, lorrr....RM100 duduk kat kerusi stadium berbumbung....yg RM70 dekat padang tp belakang..tiket RM300 depan stage. hati x senang n harap2 security bukak ler pagau tu boleh ler turun padang...alhamdulillah sblm start konsert pagau dorg kasi bukak..yeeaahh!!..apa lg, menonong ler kitaorg g padang...so dapat lerr port baik la juga dekat x dekat la..jauh x jauh la...kiranya ok la...meh aku citerkan pasal opening...

Konsert start dlm pukul 9.15pm, permulaan konsert dorg sajikan kitaorg dgn persembahan Tun Teja iaitu penari dari Bridge Seni Melaka..kalau x silap aku lerr.....hihihi potong stim betul...semua org dah boo...hahaha dah mcm malam citra warna la pulak...kahkahkah Lepas tu barulah disambung persembahan oleh SEARCH...adalah dlm 10 or 11 lagu...then WINGS pulak naik...perghhh aii..HUSIN..!! HUSIN..!! semua menjerit hahaha kuat betul penangan cerita hantu kak limah ni yerk..starting dgn lagu GEMURUH oleh SEARCH & WINGS...tiba lak giliran OPERA HIDUP (lagu yg paling paling paling aku fanatik). kitaorg makin lama makin kedepan..tengok brother brother semua 'melayan' je....huhu nak2 lak bro sebelah kitaorg yg rambut afro. cayalah bro..!selepas tu disambung pula dgn koleksi lagu2 WINGS sampailah habis konsert...dah nak habis konsert kaki dah x larat nak berdiri, duduk je la kat trek tiba2 boleh pula terjumpa Dr.Johanis...hahaha terkezut dia nampak kitaorg. kitaorg pn terkezut la juga dia boleh ada kat sana...hahaha...
(kenapa?? x percaya??)...bab lucky draw, ingt kan dapat ler kereta viva (kalau dpt dh planning nak jd kan kereta hantaran siap pasang kan reben.kukikui)...jangankan viva, iPad pn x dapat.....huhuhu xda rezeki...

Kesimpulannya yg boleh aku buat about Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka 27th May 2011 ramai yg merungut...sebabnya???
1. Berkaitan dgn koleksi lagu yg dorang sampaikan. ada yg ckp lagu GEMURUH je double trouble..yg lain   semua lagu solo dorang...dan ada yg ckp better tukar nama Konsert Search & Wings.hihihihi (tu pendapat org lain ok...aku NO COMMENT)
2. Ada juga merungut dengan harga tiket....(kalau tanya aku, aku jwb NO COMMENT je)





* Jangan buat dua kerja dalam satu masa sebabnya akak membuatkn kita kelamkabut..contoh terdekat adalah aku, huhuhu smpi rumah dah lewat mandi2 terus menadap cupcake yg 'terbengkalai'..nasib baik tinggal nak buat toping je...akhirnya aku tidur pukul 4am.



Read more...

Tuesday 24 May 2011

BERTUAH KALAU DAPAT SUAMI MACAM NI . . .

Kali ni aku nak shared satu cerita yang aku copy dari internet....kihkihkih...jangan marah noh....bila aku baca kisah ni tiba-tiba lak aku rasa sayu dan berdoa agar tunang aku dikurniakan naluri sama seperti sang suami dalam cerita ni....meh baca meh baca...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

semoga My Honey Bee juga begitu...

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

(cerita kat atas ni membuatkan aku berfikir dan tersenyum sendiri...)


Read more...

Thursday 19 May 2011

HOW to Lose Stomach Fat!!

Holla..!!

Kali ni aku nak shared about macam mana nak buangkan perut yang boroi. Tak kira la boy or girl. Nak2 kalau girl perut boroi sungguh buruk sangat dilihat (kecuali pregnant ler...). So korang kena la bersungguh-sungguh....jangan hangat-hangat jack chicken shit jee.......kuikuikui
Gambar kat bawah ni dapat menerangkan lagi bersuluh berkaitan jenis-jenis tubuh korang macam mana. Yela orang asyik bercerita pasal bentuk "apple" & " pear" tapi kita tak dapat bayangkan macam mana rupanya kan..an an an...So, meh sama-sama mengenali bentuk tubuh korang macam mana yerk.....sambil-sambil berdiri depan cermin besar huhuhu.....


1. Eat nutritious food.....korang pernah terfikir makanan yang korang makan tu tergolong dalam kategori yang mana??? balance or tak mengikut keperluan badan korang????hihihihi Mulai sekarang bila nak makan follow the pyramid....apa yang kena makan sikit..apa yang kena makan banyak...jangan main hentam je...masa muda la nak kena jaga badan ni...nt dah tua takut kena penyakit macam-macam....tak nak kan???tak nak kan??


2. Exercise....amat penting untuk menjaga kesihatan jantung kita..pastikan seminggu 3x joging....kalau tak ada masa sekali pun, bangun-bangun tidur tu buat la sit-up ke...joging setempat dalam rumah ke....macam yang aku amalkan selain dari kurangkan makan makanan yang tidak perlu sangat aku joging seminggu 3x...sekali joging 2.5km...mula-mula memang la rasa pancit je..tapi lama-lama dah biasa n bila tak joging badan rasa lesu...sekurang-kurangnya dapat la aku menyambil masa joging tengok suasana kawasan perumahan aku yang macam2 ada huhuhu......so, tepuk dada tanya la hati.

3. Keep the metabolism....makan per shedule....jangan makan ikut hati...walaupun on diet, makesure breakfast, lunch and dinner kena makan.

* Ape heartlland....select makanan betul-betul.....ikut makan banyak desires...duit.........mentang-mentang tk gemok mananyer....makan drug was skinny skinny.....tk kan........................hihihiih


Meh sesame tengok video ni..meh meh.....

Read more...

Tuesday 17 May 2011

Review lepas tengok "KONGSI"

Holla..!!lama gila aku x update blog ni. sampaikn dah bersawang.huhuhu =)
hari ni disebabkan boring tahap gaban yg x dapt dielakkan so aku update je la....ni semalam punya cerita....meh baca meh baca. Tiba2 lak Honey Bee aku ajak keluar tengok "KONGSI". Tengok thriller kat Youtube dari tahun lepas memang gempak siott..!!! Aku cuma nak memberi pandangan secara peribadi tentang filem ni. Kalau ada yang x setuju or setuju terpulanglah kan...hak masing2...selera masing2....ada aku kesah??? hihihi meh aku ceritakan tentang:

Huhuhu....tengok dengan my Honey Bee


Sinopsis KONGSI
Ia bercerita tentang seorang mamat ni yang bernama TEMULAK yang merupakan seorang pembunuh upahan dari Thailand yg telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand bernama KIMPEDU (lakonan Bront Palare). KIMPEDU ni tamakkan kuasa dan wang ringgit, merancang untuk membunuh setiap kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India.




ASP SHARIF (lakonan Fizo) yg bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes-kes yang melibatkan ahli kongsi gelap di Malaysia ni la kunun.....Setelah banyak kes pembunuhan ahli kongsi gelap ini berlaku dan berita mula tersebar luas. Akhirnya wajah fotofit suspek iaitu TUMULAK terpampang la kat poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki oleh PDRM.hahahaha

TUMULAK diburu oleh Polis dan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Macam2 strategik yang dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak-pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. TUMULAK berjaya melepasi dari sekatan polis dan berlakulah aksi kejar mengejar mereka....time ni memang best huhuhuhu..tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis dengan keadaan yang amat sadis iaitu kepala terjunam dalam lumpur sungai dan terpaksa menggunaka kren untuk membawa beliau naik keatas darat......siot je aku tenngok ahahahaha...

ending cerita ni tergantung begitu je..haisshhhh.......

Ada satu perkara yang membuatkan aku kompius pasal cerita ni iaitu kenapa KIMPEDU tiba2 nak berkuasa kat KL???nak kata budak2 kongsi gelap kat KL wt hal dgn budak2 dia xda lak aku tengok...kenapa???mengapa???semuanya menjadi tanda tanya hihihihihi.....dari segi lakonan memang pelakon-pelakon utama memainkan peranan yang baik la...just skrip kurang mantap la bro.....aksi pertarungan dan kejar mengejar dengan kereta polis memang superb...hahahahaha Unsur lawak juga memang tidak mengecewakan walaupun filem ini tidak dibintangi oleh pelawak-pelawak selain Pak Piee yang memegang watak PAK MALIKI iaitu otai kongsi gelap mmmelayu...yang x tahan siap pakai kopiah...haishhh......sensetiviti.....












Read more...