Saturday 4 June 2011

Review lepas tengok PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES

Yuhuuu.....
dah seminggu aku x update disebabkan kemalasan tahap gaban...cittt....
dua hari lepas, tiba2 lak 'my honey bee' ajak tengok wayang. amboi sekarang makin rancak je g tengk wayang hampir tiap2 minggu pulak tu.....

movie yg menjadi pilihan kitorang

disebabkan weekdays, kami terpaksa la tengok memalam...google punye google 3 jenis pawagam kat melaka sb nak tengok masa ditayangkan akhirnya sepakat la pergi dekat GSC Dataran Pahlawan. tiba dekat kaunter, tengok seat untuk  Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides dah full!! yg ada kosong pn seat depan2 gila...sape nak..!! lepas tu cetengok Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides yg 3D punye seat, perghhh.....!! kosong..! so beli la tiket Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides (3D). Masuk2 dlm, punyalah kosong kira2 adalah x sampai 15 orang.huhuhu..bagaikan pawagam ini ana yg punya....!!

Excited tengok 3D.huhuhu


Say hello again to CAPTAIN JACK SPARROW...!!!
Alkisahnya cerita ni merupakan kesinambungan Pirates of The Caribbean yg sebelum ni. yang pastinya banyak watak baru ditampilkan dan adventure yg sangat kelakau (*kelakar: bahasa org melaka) hihihi.. jalan cerita ni banyak tertumpu pada Captain Jack Sparrow atas misi yg kena dia selesaikan. Ia bermula apabila Jack Sparrow ni pergi ke London utk selamatkan kawan dia.

Captain Jack Sparrow kat London
 Tiba kat sana, dia dpt tau ada someone person yg telah menggunakan identiti dia utk tujuan tertentu..jeng jeng jeng...iaitu bekas gf dia menggunakan dia untuk pergi ke telaga awet muda. Alkisahnya ada ramalan yg mengatakan bahawa Captain kapal Blackbeard akan mati di tangan seseorang yg berkaki satu. so dia teringin sgt nak pergi ke telaga awet muda supaya boleh mengubah takdirnya.  Lepas tu bermulalah macam2 insiden untuk memanjangkan lg jalan cerita ni seperti perebutan antara 3 puak utk sampai kesana. Banyak syarat yg perlu mereka lalui utk sampai ke telaga awet muda tu. kemuncaknya apabila muncul mermaid (ikan duyung) yg sangat cantik tapi ganas..!! watak ikan duyung diwujudkan adalah kerana air mata ikan duyung ni diperlukan dlm prosos ritual di telaga awt muda.


mermaid
Istimewanya movie ni aku tengok dalam bentuk 3D so memang sangant mantap sb tau2 je la kalau dh 3D rasa mcm aksi2 dorang mcm depan mata kita..!!
sesiapa yg dah tengok memang akan kata best. so kepada sesiapa yg x tengok lg, pergi la tengok yerk sementara ada ditayanhkan dekat pawagam lg yela dah 2 minggu cerita ni ditayangkan tp tiket laku gila.

 * Punye la best tengok cerita ni sampaikan malam tu tidur terbawa2 dalam mimpi.hahahaha


No comments:

Post a Comment