Wednesday 13 July 2011

Review lepas tengok "TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK"

Fuhhhh....salam sayang dari tuan empunya tanah..huhuhu
blog oh blog....lama gila aku x update apa-apa entry kat tanah aku ni kan....bersawang bukan main lg aku tngok....maaf la sb masa amat mencemburui aku. yela bz dgn cupcake je kan...maklum la tu punca rezeki aku...alhamdulillah.....

Ahad lepas Honey Bee aku ajak keluar..yela dia kn bz memanjang...nasib baik la Honey Madu ni jenis yg memahami n x kisah sangat...kuikuikui....macam biasa tempat dituju adalah kaunter GSC Dataran Pahlawan (sb kitaorg lg selesa g sana), tngok2, makaiii..!! panjangnya manusia beratur....hajat hati nak tngok Transformers...malas nk menunggu, lari la ke LFS Mahkota Cineplex. tu la 1st time aku g LFS huhuhu....tngok2 tiket Transformers habis......hadoyaii.....so kitaorg main kaut je la tiket apa yg kosong. yang ada filem "TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK". huhuhu tngok je la walaupun aku x listed kn dlm kepala aku...


pergi FLS....Curang dgn GSC sekejap....



Yang aku boleh cakap filem ni ala-ala Twilight versi Malaysia la....:-)
Ia adalah filem komedi seram yang mengisahkan tentang percintaan antara seorang manusia dengan seekor pontianak seorang pontianak yang tidaklah menyeramkan rupanya...huhuhu (jahatnya aku)
Starting filem ni agak membosankan aku...Ia mengisahkan kehidupan seorang mamat ni yg baik hati dan lurus bendul muka blur je bernama Bob lakonan Zahiril Adzim tu la....Diatas sikap dia tu juga dia sering dibuli oleh rakan sepejabat dan sering digunakan untuk kepentingan orang lain. Bab percintaan pun malang sungguh apabila gf dia Ina lakonan Faezah Elai pula meninggalkan Bob kerana kemaruk mengejar cinta lelaki yg lebih kaya dan x sanggup lagi hidup dengan seorang "Loser" spt Bob (ish..ish..ish..apa punya pmpuan da....). Sadis sungguh nasib Bob ditambah pula dengan kehidupannya dipejabat, dia sering dibuli oleh Faizal (lakonan Rashidi Ishak) anak kepada boss syarikat dia bekerja tu. Tapi dalam pada tu Bob ada BFF (best friend forever) nama Pian lakonan Sufian Mohamed yang seorang penyayang, over-protective dan selumber habis...dialog yang aku x boleh lupa gila babeng masa situasi Ina dengan Pian bertengkar, Ina sembur Pian dengan "KAU TU DAH LA MAKAN TANGGUNG BERAK CANGKUNG!" hahaha cilakok je bunyik....

Lepas berpisah dengan Ina, Bon dan BFF dia Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula sepelas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya (lakonan Sazzy Falak) dan Liyana (Liyana Jasmey). Pada mulanya Liyana tak selesa sangat dengan budak dua ekor ni sb takut rahsia mereka terbongkar. Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan...Sejak itu mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dengan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Saat paling  x boleh blah masa mat rempit yang membelasah Bob kena kacau dengan Maya yg dh bertukar menjadi pontianak, masa lari dari pontianak mat-mat rempit tu terus pecut then tiba disimpang jalan polis ada buat roadblock, dengan situasi yang kalut cm tu mat-mat rempit tu terus melompat naik atas land rover polis. hahaha polis-polis tu terkejut berok siap mat rempit tu cakap "encik kami semua menyerah diri sebab kami lumba haram tadi" (padahal nak mengelak dari kena kacau dengan pontianak)

Romantik gila time ni....huhuhu

Huhuhu syokk wooo

Selepas  bertemu Maya dirumah Bob, Faizal mempelawa Maya bekerja di syarikatnya, Faizal cuba memikat Maya, tapi no respond...huhuhuhu Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal (staff dia) untuk menakutkn Maya tetapi berlakus ebaliknya apabila Faizal dan Kamal pula ketakutan apabila dikacau dengan pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak itu. Keadaan menjadi kacau bilau apabila datang seorang lagi pontianak iaitu kakak kepada pontianak-pontianak ni yang bernama Nadia (Nurul Wahab) dari Johor ke KL siap tumpang Kamal semata-mata nak cari Maya dan Liyana.

Faizal dengan Pian buat la satu costume party siap dorg berdua pakai costume puak navi dalam filem Avatar. cm syiakk jugak dorg ni siap tiru gaya jalan dan bercakap. Bob pulak pakai Vampire costume. 




Pada majlis tu macam-macam cara Faizal dengan Pian buat untuk menhuji betul atau tidak yg Maya & Liyana ni pontianak. Dorang siap suruh Liyana makan garlic bread lg tp OK je Liyana makan...x da effect ape2 pn..yela dlm cerita omputeh kan vampire takut bawang putih..huhuhuhu
Macam-macam hal terjadi masa majlis tu............................

*Ending, Heroin dengan Hero bersama apabila Bob mencium dahi Maya secara kebetulan masa Maya menjadi pontianak. Jeng..jeng..jeng...tiba-tiba Maya bertukar menjadi manusia normal. Ajaib gila huhuhu kiranya pontianak-pontianak ni dah kena sumpahan then apabila dicium dengan lelaki automatik sumpahan tu terbatal. Menjadi normal la mereka pontianak ni. 
huhuhu dah macam cerita putera katak pun ada.... 

yang best, dalam pawagam semua orang x berhenti ketawa sampaikn keluar air mata aku.
Cerita ni OK la, kalau jenis aku cerita macam ni better aku tunggu raya nt keluar la tv kan. hihihi x pn seminggu lepas tayang boleh tngok kat youtube.hihihi jahatnye fikiran aku ni... :-) 

Aku paling suka lagu tema filem ni huhuhu....balik rumah terus download :-)

No comments:

Post a Comment