Saturday 28 May 2011

Aku & Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka 27th May 2011

Bukti huhuhu
Holla. . .!! hari yg memenatkan bagi aku...
Semalam betul-betul rezeki aku...last minit dalam pukul 5pm ada somebody called me ajak pergi DT (Double Trouble) hooyyeeehh..!! sebab tuan empunya tiket kena tahan ward...(cian dia kena operate)...so ada 2 tiket lebih aku ajak la adik aku (bro jojo's) join sekali. Dah dia minat...Masa nak confirm kan aku berbelah bagi sebab aku tengah buat cupcake yg org order...fikir punya fikir punya fikir aku terima je la lagi pn dari hari tu aku memang nak pergi DT tp xda duit..kuikuikui kesian kan aku...

Husinnnnnnn......hahahaha
Search
My lil bro Jojo's
Aku dan kak wanie sblm konsert mula
Huhuhu saja tanyangkan baju 25iggit
Sampai kat sana baru pukul 8 lebih so terus menonong kat booth yg ada kat situ...niat hati nak beli t-shirt...semuanya x berkenan...tengok ramai brother brother pakai t-shirt DT simple tapi cantik...so dengan muka x malu pergi la tanya "bang bang, t-shirt ni abg beli kat mana ae?". Then brother tu bg la direction..so cari punya cari tuan yg jual t-shirt tu rupanya jual dari bonet kereta je kat parking lot...cayalah brother tu dh x payah nak sewa tapak kan..sehelai baru RM25 je...hihihi suka dpt beli terus masuk kereta salin t-shir (nasib baik aku pakai inner). dah salin baju DT terus ler pergi ke pintu gate yg utk tiket RM100 hihihi...masuk-masuk, lorrr....RM100 duduk kat kerusi stadium berbumbung....yg RM70 dekat padang tp belakang..tiket RM300 depan stage. hati x senang n harap2 security bukak ler pagau tu boleh ler turun padang...alhamdulillah sblm start konsert pagau dorg kasi bukak..yeeaahh!!..apa lg, menonong ler kitaorg g padang...so dapat lerr port baik la juga dekat x dekat la..jauh x jauh la...kiranya ok la...meh aku citerkan pasal opening...

Konsert start dlm pukul 9.15pm, permulaan konsert dorg sajikan kitaorg dgn persembahan Tun Teja iaitu penari dari Bridge Seni Melaka..kalau x silap aku lerr.....hihihi potong stim betul...semua org dah boo...hahaha dah mcm malam citra warna la pulak...kahkahkah Lepas tu barulah disambung persembahan oleh SEARCH...adalah dlm 10 or 11 lagu...then WINGS pulak naik...perghhh aii..HUSIN..!! HUSIN..!! semua menjerit hahaha kuat betul penangan cerita hantu kak limah ni yerk..starting dgn lagu GEMURUH oleh SEARCH & WINGS...tiba lak giliran OPERA HIDUP (lagu yg paling paling paling aku fanatik). kitaorg makin lama makin kedepan..tengok brother brother semua 'melayan' je....huhu nak2 lak bro sebelah kitaorg yg rambut afro. cayalah bro..!selepas tu disambung pula dgn koleksi lagu2 WINGS sampailah habis konsert...dah nak habis konsert kaki dah x larat nak berdiri, duduk je la kat trek tiba2 boleh pula terjumpa Dr.Johanis...hahaha terkezut dia nampak kitaorg. kitaorg pn terkezut la juga dia boleh ada kat sana...hahaha...
(kenapa?? x percaya??)...bab lucky draw, ingt kan dapat ler kereta viva (kalau dpt dh planning nak jd kan kereta hantaran siap pasang kan reben.kukikui)...jangankan viva, iPad pn x dapat.....huhuhu xda rezeki...

Kesimpulannya yg boleh aku buat about Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka 27th May 2011 ramai yg merungut...sebabnya???
1. Berkaitan dgn koleksi lagu yg dorang sampaikan. ada yg ckp lagu GEMURUH je double trouble..yg lain   semua lagu solo dorang...dan ada yg ckp better tukar nama Konsert Search & Wings.hihihihi (tu pendapat org lain ok...aku NO COMMENT)
2. Ada juga merungut dengan harga tiket....(kalau tanya aku, aku jwb NO COMMENT je)





* Jangan buat dua kerja dalam satu masa sebabnya akak membuatkn kita kelamkabut..contoh terdekat adalah aku, huhuhu smpi rumah dah lewat mandi2 terus menadap cupcake yg 'terbengkalai'..nasib baik tinggal nak buat toping je...akhirnya aku tidur pukul 4am.


No comments:

Post a Comment