Saturday, 2 April 2011

Bila CupCake itu duniaku.................

Holla....!!!!!!
Aku dan cupcake......
Fuhhhhhh......semalam seharian aku duduk ceruk dapur nak siapkan cupcake yg org order......sorang2 lak tu....aku ni jenis kalau buat keje x suka org kacau...rimas weii...nt lg lambat keje aku siap. nak dipanjangkan cerita aku ni minat buat2 cake or cupcake......nak kata time study dulu amek kulinari xda pn....huhuhu padahal amek business management...jauh menyimpang gila.....dh memang hobi aku....mula2 try2 je....xsangka menjadi..hihihi so alang2 ada skill better aku jadikan side income aku..dapat la tambah2 duit poket shopping aku kannn.............hihihihi alhamdulillah la permintaan sentiasa ada walaupun x beratus2 or riban2....tp mmg masyukkk...............banyak or sikit rezeki yg tuhan bagi kita kena bersyukur sb rezeki tu la yg berkat.....jangan merungut2 ok....xmo xmo xmo......

Ada gak org lelaki tanya asal lak cupcake ni mahal???asal lak cake biasa harga biasa2??so aku bg la jawapannya, semakin kecik dan semakin cantik decoration sesuatu cake tu harganya semakin mahal.yela benda2 kecik nak hias susah sikit..kena makan masa...kena teliti.....harga aku lak dorg ckp x semahal yg org ln jual...yela nk letak harga tinggi2 pn nt payah weii nak dpt customer nt......regular customer pn alhamdulillah dh ada.......mane la tau satu hari nt rezeki aku lebih boleh la aku bukak cafe..aku nk jual makanan tradisional yg jarang kita nampak org jual.....huhuhu idea dh ada dh tp terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu....(jangan ditanya kenapa dan mengapa) kuikuikui 
huhuhu tu jangkamasa panjang punya plan.......InsyaAllah....semoga rezeki aku dimurahkan olehNya...amin.............

Ni aku bg sekali korang tengok cupcake aku yg org order semalam tuk door gift org kahwin......nak upload gambar2 cupcake yg ln bnyk bebenor.......terima je la seadanya..huhuhuhu

Buat dgn penuh kasih sayang ni la hasilnya..hihihi



* Meh ler order cupcake dgn aku.......

  Kepuasan milikku bila ape yg aku nak menjadi





Read more...

Thursday, 31 March 2011

Review lepas tengok "....DALAM BOTOL"

poster
Bukti aku pergi kuikuikui

Huhuhu...ahad lepas (27mac2011) aku pergi la GSC Dataran Pahlawan nk tengok wayang katakan......ceritanya...DALAM BOTOL. Filem ini diarahkan oleh Khir Rahman. Antara pelakon yang menjayakan Filem ini ialah Arja Lee, Diana Danielle, Wan Raja, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Jalil Hamid. Filem ini diadaptasi dari kisah benar. Menelan kos RM0.88 juta.teruja gak la nk tngok sb sama sini media pum pam pum pam bagaiiii......cer citer cer citer....meh aku citer......

Rubidin & Gaus sblm tukar jantina huhuhu

Ha...Ruby aka Rubidin lepas tukar jantina...


Review Filem …Dalam Botol  
Filem ini adalah filem yang diklasifikasikan sebagai 18PL. Agak janggal bila menyaksikan aksi lucah sesama jantina. Entah kenapa, aku rasa skrip filem ini kurang menyengat di beberapa tempat. Penjalanan ceritanya agak lambat, namun boleh difahami. Lakonan watak utama, Arja Lee kurang menyerlah, aku rasa Arja Lee tidak sesuai dengan watak ini (aku rasalah..) terutama sekali untuk watak Gay dan Mak Nyah (Tak cantik langsung). Aku juga agak janggal dengan dgn cara suntingan filem ini (betul betul filem bajet) Jika di nilai dari segi kos filem, barulah aku faham kenapa filem ini menjadi sedemikian rupa hihihihi. Walaubagaimanapun, filem ini tidaklah teruk sangat laaa. Ada pengajaran yang di bawa dalam filem ini. 
o    Jarang sebuah filem Melayu menggunakan teknik flashback. Bermula dari hujung, sebelum semuanya bercantum dan menjadi sebuah gambar yang sempurna. Cumanya, instead of memaparkan scene-scene terlarang dan Ruby (versi Mak Nyah Rubiddin) menyembah sujud boyfriend nya, Ghous, boleh sahaja Khir (pengarah filem ni lerr..) terus melakar kisah-kisah hidup Ruby yang dulu menggunakan teknik-teknik flashback dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk hubungan mereka. Keep some as a mystery.hihihi
o    Ruby digambarkan sebagai mencapai tahap wanita sempurna demi kerana Ghous. Tetapi logik akalnya, selepas render reassignment, napa tidak dimasukkan silikon dan masih memakai rambut palsu? Scene Ruby mandi bogel tidak langsung dituntut kerana boleh saja digantikan dengan scene menarah memendekkan rambut secara drastik dengan linangan air mata.




Read more...

Tuesday, 29 March 2011

Holla..!!!!



Salam perkenalan dihulurkan... 
Disebabkan boring tahap gaban maka ter'wujudnya blog ni....aku pn x tahu nk tulis ape...tp, yang pasti blog ni akan Menceritakan segala jenis kehidupan manusia disekeliling aku yang aku lihat termasuklah diri aku. sebabnya???hurmm...sebabnya aku ni jenis suka memerhatikan tingkahlaku manusia disekeliling aku..best wooo.......macam2 ragam..macam2 rupa..macam2 perangai.....tu yg syok tngok tu.....wait wait, tp bukan bussy body OK...

so, ape yang aku lihat dan terpikat akan aku post kat blog ni..kuikuikui...
tu sebab la nama blog aku "HIDUP DARI KACA MATA..." hihihihihi harap2 blog aku ni jgn ler jadi bersawang bak kata kawan aku......


...Honey Madu...




Read more...