Sunday 9 October 2011

Dugaan Oh Dugaan...(Menghitung hari...)

Jam menunjukkan ke angka 1:15am....malam ni hujan lebat membasahi bumi tempat aku berpijak....hujan ni macam tahu je hati dan perasaan yang aku alami sekarang...dia pn ikot nangis'...subhannallah......sambil jari aku rancak menari atas keybord, sambil tu juga aku dengar lagu cinta aku dan si dia. lagu permulaan berputiknya cinta kami dengan lirik yang penuh menggambarkan tentang kami...makin rasa sayang dihati ni.....


Tidak hairanlah ketika alam pertunangan berlangsung begitu banyak dugaan yang datang, begitu banyak perkara hendak diuruskan dan begitu panjang rasanya masa untuk menanti perkahwinan.
Kalau difikirkan melalui sudut perkahwinan, pertunangan merupakan laluan terpenting sebelum tiba di jeti perkahwinan. Begitu berolak, begitu juga kemudian yang perlu dibetulkan agar perkahwinan tercapai.
Perkahwinan bukanlah hanya suatu majlis tetapi suatu ibadah yang sangat tinggi nilainya....Sehinggakan Allah mengurniakan berlipat kali ganda kebaikan bagi mereka yang berkahwin. Dan perkahwinan itu melengkapkan separuh iman seseorang lelaki.alhamdulillah.....
Kalau mcm tu, kenapa pula dugaan pasti mengunjung kepada aku dan mereka yang menuju ke arah ibadah yang tinggi nilainya ini??? (berfikir sejenak..)
“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda), maka Allah pun murka kepadanya.” (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi).
Melalui dugaan maka bertambahlah keimanan kita apabila kita melaluinya dengan penuh kesabaran. Apabila kita sudah lalui dengan jayanya, maka kita merasa lega dan tenang. Dengan dugaan juga membuatkn kita menjadi matang dan lebih mengenali antara pasangan kita.
Apa yang aku alami sekarang adalah berlaku perselisihan faham pendapat hinggakan berlaku pergaduhan kecil walaupun disebabkan perkara kecil....tak dinafikan ia menuntut kesabaran yang tinggi....salah sorang kena banyak mengalah dan selalu berdoa. Biasa la majlis dah semakin dekat tinggal lagi sebulan seminggu dua   hari je lagi...mungkin macam2 yang difikirkan oleh si dia... Nak buat majlis perkahwinan ni menggunakan belanja yang besar walaupun majlis yang kita buat tu sederhana....yela everything is money...
Apapun dugaannya, tentu hikmahnya ada. Sedar tak sedar, selepas sehari ataupun seminggu atau sebulan, atau setahun atau mungkin selepas anak ke 10 baru sedar dan insaf akan hikmahya. 
Yang pastinya aku kena teruskan bersabar kerana setiap dugaan dan cabaran akan membuatkan kita lebih matang dan lebih berkeyakinan.
Masa google tadi aku ushar la doa2 tuk pengikat kasih sayang. InsyaAllah aku akan amalkan mulai hari ni. Benda yang baik jangan dilengahkan. Ia juga untuk kebaikan bersama. 


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)



"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusof Berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas binatang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. ("Surah Yusuf Ayat 4) 

Ayat ni kena selalu amalkan. baca depan si dia lepastu hembuskan perlahan-lahan kat muka dia. (makesure nafas tak berbau). Dalam masa yang sama, jadikan amalan lepas solat baca ayat ni 3x.....


Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan  iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin~~




No comments:

Post a Comment