Saturday 10 September 2011

Review lepas tengok 'FINAL DESTINATION 5'

Fuhhh...!! dh seminggu tengok baru sekarang aku nak update dlm blog?? huhuhu maaf la yerk gara2 masa yg amat mencemburui aku...yela kerja kat office pn banyak kadang2 pukul 6.30pm baru keluar office..sampai rumah dh penat...so weekend cm gini la masa yg sesuai utk aku bercucuk tanam kat tanah aku ni kan.....


Ahad lepas balik dari beraya rumah bakal mertua dan rumah kawan tiba2 Honey Bee aku ajak tengok wayang. yela dh 2 bulan kitorang x g tngok movie gara2 bz wt persiapan kawen huhuhu.....Dengan berkaftan dan berkain pario maka tersadailah aku sebentar di GSC Jusco Aeon....Mula2 nk tngok Hantu Bonceng tapi tiket plak habis. so pilih la Final Destination 5 yg tiket hampir2 hampir penuh. Meh aku komen sikit pasal cerita ni meh meh...


Sebenarnya aku layan cerita ni since Final Destination 1 lagi. memang best pn n boleh dikenali sebagai kipas susah mati la.hahaha Kalau sape2 yg layan cerita ni dari mula2 mesti korang dh boleh bayangkan jalan cerita ni kan. yang aku perasan start dari Final Destination 1 hingga Final Destination 5 jalan cerita sama je iaitu dapat vision masa depan, lepas tu terlepas, lepas tu sorang2 mati. yang membezakan hanyalah tempat dan cara kematian hahaha pendek je kan aku comment.

Final Destination 5 ni buat aku tersentap sikit la sebab cara kematian mereka sangat ngilu....(tanjat boboy...tanjat..). Honey Bee aku plak lg nak tergelak aku tngok dia. kejap2 dia tutup muka dengan tangan. hahaha





Dalam cerita ni aku paling syok dengar sorang pakcik ni cakap "Death doesnt like to be cheated" yang membawa maksud "kematian tak suka bila ianya ditipu" (kalau betul la apa yg aku fahamkan..). hanya imagine kn je dia dh dapat vision yg jambatan tu akan runtuh dan dia sendiri dapat lihat cara kematian dia dan kawan2 dia kat situ. pastu tiba2 je tersedar, opkos la dia akan ambil inisiatif untuk mengelak diri dari bala tersebut. (kalau kita sendiri ada kat tempat dia sure kita pn akan buat cm tu jugak kan...). Yang pakcik ni aku rasa dia malaikat maut kot...yela kat mana2 tempat kejadian tiba2 dia ada kat situ. dah tu just dorang and the geng je dpt tngok dia. 

Ha, ni la pakcik yg aku cakap tu....gerun tak gerun la ko tngok muka dia
yang tak bestnye apa yg dia buat ni macam menyalahkan takdir. sebab tu  la kematian tu cari dorang balik untuk bagi balasan.hahaha
pastu ha! amek ko sorang2 mati dlm keadaan yg sgt tragis...so bermula segalanya  dimana cerita berkaitan kematian. 


Moral of the story : Ajal ada dimana-mana...dan kita sendiri tidak dapat mengelakkan sebagaimana terkandung dalam kalam Allah s.w.t.

(Yaasiin:82)
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

(Al Mu'min:68)
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

No comments:

Post a Comment